Webinar Nadi Nurture Ekelas Usahawan - Modul 2: Asas Visual Komunikasi
19 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2025, telah berlangsung Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan - Modul 2: ASAS VISUAL KOMUNIKASI di NADI secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 02:00 petang sehingga 03:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini anjuran Maxis eKelas.
Tujuan Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan di NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada usahawan bagi mengukuhkan Strategi Pemasaran. Webinar modul 2 : Asas Visual Komunikasi ini merupakan kesinambungan daripada Modul 1, dan direka khas untuk memperkasa para usahawan dalam menghasilkan bahan visual yang menarik, efektif dan mampu menyampaikan mesej pemasaran secara berkesan kepada pelanggan. Usahawan mempelajari Pengenalan kepada konsep visual komunikasi dalam pemasaran, Ciri-ciri grafik pemasaran yang berkesan, Teknik asas mereka bentuk visual (guna Canva atau aplikasi percuma), Tips memilih warna, tulisan, imej dan susun atur dan Aplikasi visual dalam media sosial dan bahan. Dengan adanya webinar Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital, ianya dapat membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran, menambahkan pendapatan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.
Selain itu, webinar untuk usahawan ini di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: